Pengelasan Bahasa-bahasa Polinesia-Melayu

Sistem-sistem pengelasan tradisional membahagikan bahasa Polinesia-Melayu kepada dua cabang, iaitu cabang Barat dan cabang Timur-Tengah. Bahasa Polinesia-Melayu Barat telah dipecahkan lagi kepada kumpulan-kumpulan dalam dan luar. Untuk pengelasan yang lebih moden, sila lihat rencana bahasa Austronesia.

Bahasa Hesperonesia Luar

Rumpun Bahasa Borneo-Filipina (juga dikenali sebagai Hesperonesia Luar atau Bahasa Polinesia-Melayu Barat Luar) ditutur oleh lebih kurang 130 juta orang dan merangkumi bahasa-bahasa utama di Filipina, hampir keseluruhan Kepulauan Borneo, Semanjung Minahasa (Gorontalo dan Utara Sulawesi) di Kepulauan Sulawesi dan malah juga di Madagaskar.

  • Rumpun Bahasa Borneo-Filipina
    • Bahasa Filipina
      • Bahasa Utara Filipina
      • Bahasa Tengah Besar Filipina
      • Bahasa Kalami
      • Bahasa Selatan Kepulauan Mindanao (dikenali juga sebagai Bahasa Bilic)
      • Bahasa Sangiri
      • Bahasa Minahasa
      • Bahasa Umiray Dumaget
      • Bahasa Manide-Inagta
    • Bahasa Borneo
      • Bahasa Utara Borneo
      • Bahasa Kayan-Murik
      • Bahasa Dayak Darat
      • Bahasa Barito (termasuk Bahasa Malagasi)
    • Bahasa Batan

Bahasa Polinesia-Melayu Nukleus

Rumpun Bahasa Polinesia-Melayu Nukleus terdiri daripada dua subkumpulan, iaitu Sunda-Sulawesi dan Timur-Tengah.

Rumpun Bahasa Sunda-Sulawesi ditutur oleh lebih kurang 230 juta orang dan merangkumi bahasa-bahasa utama di hampir keseluruhan Kepulauan Sulawesi serta Kepulauan Besar Sunda (Sumatera, Borneo, Jawa dan Sulawesi).

  • Rumpun Bahasa Sunda-Sulawesi
    • Bahasa Melayu-Sumba
    • Bahasa Barat-Laut Sumatera
    • Bahasa Lampung
    • Bahasa Seleb
    • Bahasa Selatan Sulawesi
    • Bahasa Moken
    • Bahasa Jawa
    • Bahasa Hukumina
    • Bahasa Palauan
    • Bahasa Camorro

Rumpun Bahasa Polinesia-Melayu Timur-Tengah merangkumi bahasa-bahasa Kiribati, Nauru, Hawaii, Maori, Samoa, Tahiti, Tonga, dan Tuvalu.